ilham maryam intel

ENDGAM3: Blueprint for Global Enslavement

Marley And Me

New World Order' Emerging At G-20 Summit

Crank:High Voltage

Fall of the Republic

WATCHMEN - The Movie

Illuminati : They All Around Us

Bedtime Stories

Followers

Adakah kita benar-benar merdeka?

Posted by Maryam Intel on Friday, 31 August 2012 , under , , , | ulasan (0)




Ketika menulis artikel ini, di kotak fikiran saya seolah-olah sedang ditayangkan semula siri television yang popular pada dekad 70an, bertajuk Roots. Mungkin ramai yang masih ingat siri ini, dengan watak utamanya Kunta Kinte. Kisah perjuangan golongan hamba berkulit hitam di benua Amerika, yang menuntut hak sebagai manusia merdeka, amat berkesan dan benar-benar memberi makna kepada penontonnya.

Menonton filem tersebut, kita dibawa merasai betapa berharganya sebuah kemerdekaan, dan harga yang perlu dibayar oleh mereka untuk menjadi manusia yang bebas dan merdeka. Tidak sedikit yang perlu dikorbankan, menempuh segala kesulitan, penindasan dan penderitaan, demi mengecap sebuah kebebasan. Alangkah bagus jika filem-filem seperti ini dapat ditayangkan semula kepada generasi muda kini.

Kemerdekaan yang diperkatakan di atas merujuk kepada memerdekakan manusia dari perhambaan kepada sesama manusia, dan menghapuskan sistem perhambaan yang mengkastakan manusia kepada kelompok manusia merdeka (sebagai Tuan) dan kelompok hamba (sebagai kelas kedua yang dikuasai sepenuhnya oleh Tuan). Apabila ada kelompok yang merasai lebih hebat dan berkuasa dari yang lain, maka akan wujudlah penindasan, penjajahan, penguasaan dan tindakan yang meragut kebebasan dan kemerdekaan pihak lain.

Islam yang berkembang, dengan kehadiran Saiyidna Rasulullah SAW yang sifatnya sebagai Rahmat bagi seluruh ‘alam, telah lama menentang dan menghapuskan perhambaan sesama insan. Di dalam hukum feqah Islam sendiri, banyak terkandung hukuman dan denda yang bermula dengan ‘memerdekakan seorang hamba’, jika tidak mampu maka barulah dikenakan hukuman yang lain seperti berpuasa atau membayar diyat atau fidyah.

Secara tidak langsung, Islam ingin menghapuskan perhambaan, yang pernah wujud sebagai sebahagian daripada budaya dan peraturan hidup manusia. Kaedah Islam menghapuskan perhambaan adalah secara halus dan aman, tanpa pertumpahan darah atau kekerasan, bahkan secara rela dan ta’abbudi, amat berbeza dengan apa yang dipaparkan dalam perjuangan menentang perhambaan pada zaman moden di Amerika (seperti dalam Roots tersebut).

Perjuangan kemerdekaan moden, pada sisi lain melahirkan pula generasi manusia yang ingin bebas dan merdeka tanpa had dan batasan, ‘born to be free’, ‘free-thinker’, tidak mahu terikat dengan sebarang norma dan peraturan, meletakkan ketinggian hak asasi manusia mengatasi segala-gala, paling kudus dan tidak boleh dicabar. Justeru kini kita berhadapan pula dengan fenomena songsang-fitrah, sex bebas, LGBT dan sebagainya, yang muncul atas nama kebebasan individu dan hak asasi sejagat.

Pada sisi lain, Islam datang membawa erti kemerdekaan yang lebih jitu dan jelas, sepertimana ungkapan Saiyidina Ruba’i bin Amir, panglima tentera Muslim di hadapan Rustum, raja Parsi dengan catatan emas berikut:

“Kami datang untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia, kepada menjadi hamba kepada Allah SWT, dan mengeluarkan mereka dari kesempitan dan kezaliman agama-agama kepada keluasan dan keadilan Islam.”

Perhatikan baik-baik, bahawa kemerdekaan sebenar dalam Islam adalah bilamana kita bebas dari menjadi hamba kepada manusia dan makhluk lain (termasuk harta, duit, kerjaya, organisasi, fikrah, ideologi dan sistem), untuk menjadi hamba kepada Allah SWT semata-mata. Kemerdekaan dalam Islam bukanlah kemerdekaan mutlak sepertimana fahaman barat, tetapi adalah dengan berlaku adil kepada diri kita untuk menjadi hamba kepada Allah SWT.

Ironinya, selagi kita menjadi hamba kepada Allah SWT, kita adalah seorang yang merdeka. Pada saat kita tidak lagi meletakkan diri kita sebagai hamba Allah SWT, maka kita hilang kemerdekaan dan kebebasan kita, kerana kita telah jatuh dan merendahkan diri kita menjadi hamba kepada makhluk yang lain. Harga kemerdekaan kita, adalah pada nilai kehambaan kita kepada Allah SWT. Apabila kehambaan (‘ubudiyah) kita bulat kepada Allah SWT, kita sedang mengangkat harga diri kita tinggi mengatasi ketundukan kepada yang lain.

Inilah kemuliaan yang dirasai oleh Saiyidina Bilal bin Rabah, saat disiksa dan didera oleh tuannya, ‘Utbah bin Rabi’ah. Meskipun jasadnya tersiksa, dirantai dan diperlakukan dengan kejam oleh tuannya (kerana Saiyidina Bilal adalah seorang hamba yang masuk Islam tanpa izin tuannya), namun jiwa Saiyidina Bilal hakikatnya adalah merdeka, bebas dan gembira bersama Allah SWT. Jiwa merdeka inilah yang memberikan kerehatan dan kekuatan pada Bilal untuk menampung keperitan dan kesakitan zahirnya. Merdekanya Bilal, kerana perhambaannya kepada Allah SWT, yang mengangkat harga dirinya dengan kualiti Iman dan Taqwa.

Oleh itu, ADAKAH KITA BENAR-BENAR MERDEKA?



Jawabnya ada pada kualiti perhambaan kita kepada Allah SWT. Kita perlu benar-benar menjadi hamba kepada Allah SWT, untuk benar-benar menjadi seorang yang merdeka jiwa dan kehidupannya. Kerana itulah, para masyaikh berkata, permulaan perjalanan kita menuju Allah SWT adalah dengan mencapai maqam ‘ubudiyah atau perhambaan. Inilah rahsianya apabila Allah SWT mengungkapkan di dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj, dalam ayat pertama Surah al-Isra’, mafhumnya:

“Maha Suci Allah, yang mengisra’kan HAMBANYA pada waktu malam dari Masjidil Haram ke Masjdil Aqsa…….”

Allah memilih kalimat ‘Abdihi (hambaNya), bukan RasulNya, atau KekasihNya untuk diisra’kan. Seolah-olah kita dikhabarkan bahawa status Hamba adalah amat mulia, utama dan pertama dalam perjalanan menuju Allah SWT. Selagi kita belum mendidik jiwa kehambaan, kita belum bersedia untuk menuju Allah SWT.

Tanpa jiwa kehambaan, kita masih belum merdeka, kerana jiwa kita masih lagi bersarang dengan pelbagai penyakit dan sifat mazmumah yang keji. Lawan kepada jiwa kehambaan, adalah takabbur, sombong dan bongkak. Jiwa yang terbelenggu dengan sifat mazmumah, sebenarnya tidak merdeka dan belum bebas dari pengaruh nafsu, syahwat dan Iblis. Iblis adalah pejuang kemerdekaan palsu, kerana sifat Ingkar dan Takabbur itulah yang menghumban Iblis dan pengikutnya dari golongan mungkirin ke penjara kekufuran dan kejahatan. Selagi kita tertipu dengan Iblis dan Syaitan, kita belum merdeka. Golongan mungkirin akan sentiasa terbelenggu dengan kemungkaran, maksiat dan dosa.

Selama mana kita masih mempertuankan nafsu dan syahwat, maka kita tidak bebas dari kongkongan yang berat ini. Hamba nafsu akan terus lesu, hamba syahwat tidak akan hebat. Kehebatan ada pada jiwa merdeka, yang tulus kehambaannya kepada Allah SWT. Nafsu dan syahwat yang ditundukkan dengan Iman dan Ihsan, akan mengangkat maqam ruh menuju puncak kemerdekaan.

Kita juga perlu berhati-hati agar tidak menjadi hamba kepada fikiran, pemikiran dan kepintaran diri sendiri. Mereka yang ghurur dengan kehebatan diri sendiri, juga sebenarnya tidak bebas merdeka. Mereka akan terikat dengan fahaman, ideologi, fikrah dan ilmu yang sedikit, yang menghalang mereka untuk menerima kebenaran ilmu Allah SWT yang luas, menghadang mereka dari kehebatan dan keagungan ajaran dan teladan Saiyidina Rasulullah SAW.

Tinggi manapun ilmu dan pengetahuan, kita masih perlu kepada panduan dan tunjuk-ajar guru agung kita, yakni kekasih kita Rasulullah SAW. Merdekakan diri kita dari rasa ‘ujub dan tertipu dengan diri sendiri, untuk kita menjadi umat Rasulullah SAW. Jika tidak, kita akan terperangkap dengan konflik adab dan akhlaq. Terperangkap dengan keruntuhan akhlaq dan bersikap biadap, juga satu bentuk kemerdekaan yang cacat. Merdekakan diri kita dengan mencapai Makarimul-Akhlaq. Kesempurnaan Akhlaq dan pekerti mulia, adalah manifestasi kemerdekaan kita dari belenggu pemikiran dan hati yang sempit.

Kesempitan hati tidak membawa erti kemerdekaan, kerana jiwa yang kerdil tidak akan mengecap nikmat kehidupan. Kelapangan hati membawa kemerdekaan jiwa, kerana hati yang terbuka, akan mudah menerima hidayah dan petunjuk Allah SWT.

Kesempitan akhlaq pula pasti mengundang kehidupan yang sempit. Kesempitan kehidupan, bererti sempit rezekinya, kasar budi bahasanya, hilang keberkatan umurnya dan terputus ikatan rahimnya. Semua ini menghilangkan keindahan hidup, dan merencatkan erti kemerdekaan.

Binalah kehidupan merdeka, dengan menjadi hamba Allah SWT. Kembalilah kepada Rasulullah SAW, untuk bebas dari belenggu kejahilan, kekeliruan dan kerosakan akhlaq. Semoga kita mengecap kemerdekaan hakiki.

Oleh : Ir. Ahmad Jais Alias As-Syazili

Sumber : SOLUSI bil 47, ruangan CERNA MINDA.

Ramai menangis kerana si kecil ini

Posted by Maryam Intel on Tuesday, 12 June 2012 , under , , , , | ulasan (2)



sekadar gambar hiasan


Suatu hari selepas saya memberikan satu pengisian di dalam slot bersama remaja, datang seorang remaja darjah 6 duduk di tepi meja saya.


    “Ustazah, doakan saya supaya dapat 5A dalam UPSR.”


    “InsyaAllah, UPSR 5A.”


Selepas saya berkata sedemikian, dia masih tidak berlalu pergi. Dia tetap duduk sahaja dekat dengan meja saya. Katanya lagi,


    “Ustazah, ini serius tahu!”


Saya senyum sembil berkata;


    “Ya, saya tahu. Memang UPSR 5A dari dahulu hingga sekarang. Atau sudah bukan 5A lagi sekarang?”


    “Ustazah ini beriya-iya mahu doa, tetapi tidak pula bertanya siapa nama saya.”


Saya mula merasakan anak ini serius dengan kata-katanya. Saya bertanyakan namanya. Setelah diberitahu nama, dia berkata lagi,


    “Ustazah mesti doakan saya dapat 5A ya.”


    “Boleh ustazah tahu, mengapa kamu bersungguh-sungguh mahu ustazah doakan?”


Dia menyambung lagi,


    “Ustazah, saya meminta untuk didoakan agar dapat 5A dalam UPSR kerana saya mahu menuntut hadiah daripada ibu saya. Ibu tidak tahu lagi, apa hadiah yang saya mahukan.”


Dalam fikiran saya, tentulah hadiah yang dimahukan seperti Basikal, PS2, video game atau yang seumpama dengannya.


    “Boleh kamu kongsi dengan ustazah dahulu, hadiah apakah yang kamu mahukan daripada ibu kamu sekiranya kamu mendapat 5A?”


    “Ustazah, saya harus dapat 5A. Kerana sekiranya saya dapat 5A, saya mahu tuntut hadiah daripada ibu supaya dia menutup aurat dengan sempurna, memakai tudung.”


Pada ketika itu juga, saya menadah tangan berdoa,


    “Wahai Allah, Engkau mendengar luahan hati anak ini. Sekiranya dengan 5A boleh menjadi penyebab ibunya mendapat hidayah-Mu, Engkau berikanlah 5A kepada anak ini wahai Allah.”


P/s: Sharing dari Ustazah Norhafizah Musa.

Aku Hanya Islam Pada Nama

Posted by Maryam Intel on Sunday, 3 June 2012 , under | ulasan (0)




Solat tidak pernah tertinggal,
Gosip pun tidak pernah tinggal jua,
Jaga tepi kain orang,
Lupa pada keburukan diri,
Tak pernah nak bertaubat pada ilahi,
Aku hanya Islam pada nama. 

Zakat ku bayar,
Namun riba tetap ku ambil,
Sedekah menyebabkan aku miskin,
Sibuk sangat dengan dunia sementara,
Tiada masa bagiku beribadah,
Aku hanya Islam pada nama.

 Aku ucap bahawa Allah sahaja yang layak disembah,
Aku kata aku cinta Allah,
Tapi setiap jam aku chat dengan pakwe,
Setiap saat aku nak bersama makwe,
Dia yang aku paling puja dan suka,
Aku hanya Islam pada nama. 

Aku kata aku yakin dengan Al-Quran,
Dalam tu Allah kata jangan dekati zina,
Dekat pun tak boleh, berzina apatah lagi,
Seronok pula berborak dengan berlainan jantina,
Membuatkanku ketagih dan nak lagi,
Mula-mula ditempat terbuka beramai-ramai,
Kemudian tertutup di internet berdua,
Kemudian Allah sahajalah yang tahu,
Aku hanya Islam pada nama. 

Islam maksudnya menyerahkan diri sepenuhnya kepada Allah,
Hati, lisan mahupun anggota,
Semuanya kena serahkan kepada Allah,
Tapi aku suka baca horoskop dan tilik nasib,
Aku serahkan masa depanku pada bintang-bintang dan kuiz-kuiz tilik nasib,
Bila dapat result yang baik aku lega,
Bila dapat result buruk aku duka,
Aku hanya Islam pada nama.

Hijab tu wajib bagi lelaki mahupun wanita,
Itu Allah yang suruh tiada syak lagi,
Lelaki kena tundukkan pandangan,
Perempuan kena berhati-hati dalam pergaulan,
Aku tahu melihat aurat itu salah,
Aku tahu bertepuk tampar dengan lelaki tu parah,
Aku ikut orang lain buat bukan ikut kehendak Allah,
Aku hanya Islam pada nama. 

Aku pakai tudung,
Aku pakai baju kurung,
Aku tak bisa melihat ada orang berdua,
Aku tak bisa melihat benda yang curiga,
Kena heboh dan beritahu orang lain,
Allah kata jangan,
Tapi itu yang lebih ku suka,
Aku hanya Islam pada nama. 

Aku munafik rupanya,
Nampak macam Islam,
Tapi hati tak percaya Allah dan hari pembalasan,
Tuhanku hawa nafsu,
Yang penting aku seronok dan suka,

Bila ada iftar aku paling laju,
Bila ada kelas tentang Allah kau pergi dulu,
Aku mahu bertaubat ya Allah,
Baru kutahu sukar nak masuk syurga,

Aku bersaksi dengan penuh keyakinan,
Penuh kebenaran,
Kau sahajalah yang layak disembah,
Bukan nafsuku,
Bukan apa yang orang suruh,
Bukan bintang-bintang,
Sebab semua itu Kau ciptakan,
Kau sahajalah yang layak disembah,

Islam bukan hanya pada nama, 
Pada hati, lidah dan anggota,
Pada mu'amalat, pada syari'at,
Pada setiap detik setiap saat.


P/S: Peringatan bersama lebih-lebih lagi untuk diriku.


Daripada Ali bin Abi Thalib r.a berkata: Telah bersabda Rasulullah S.A.W, “Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali“. – H.R al-Baihaqi

Penulis : klik

Duduk seketika menambahkan iman

Posted by Maryam Intel on Saturday, 2 June 2012 , under , , , | ulasan (0)




" Berfikir sejenak lebih baik daripada beramal sepanjang malam "


Bila hati berbicara

Posted by Maryam Intel on Friday, 1 June 2012 , under , , , , | ulasan (0)




Takut akan ALLAH
Membuatkan air mata sering mengalir
tatkala memburu cintanya

Takut akan ALLAH
Membuatkan kita bermunajat 
Mengharap keredhaan nya

Takut akan ALLAH
Melahirkan rasa kekurangan diri

Yang perlu di isi dengan ketakwaan

Takut akan ALLAH

Mengajar kita untuk menjadi lebih ikhlas
tulus dari hati yang amat dalam

Takut akan ALLAH

Memaksa diri untuk mengasihi rasulnya
Mencintainya, kerana dia kekasih ALLAH

Takut akan ALLAH

Menjadikan setiap khaliamah Al- Quran
panduan, teman dan penghibur 

Takut akan ALLAH

Yang gelap menjadi terang
Yang samar menjadi jelas

Takut akan ALLAH

Membuahkan inspirasi
Menolak sebarang alasan
Majls-majlis ilmu menjadi kunjungan

Takut akan ALLAH

Membuat aku kenal siapa diri ini 
hanya hamba allah yang sentiasa 
terus bergantung hidup padanya
yang menagih kerehaanya 
Dalam mengharungi lulu-luku kehidupan 
Baik dikala susah mahu pun senang

AKU MENCINTAIMU
AKU MENGASIHI RASULMU
SEMOGA HIDUP INI DALAM KEBERKATAN MU
AKU BERSYUKUR
TERIMA KASIH ALLAH

JANGAN ENGKAU LUPAKAN AKU 
YA ALLAH


P/s: Perkongsian Pengisian bersama e-usrah:)

Confessions of a Sinner

Posted by Maryam Intel on Thursday, 31 May 2012 , under , , , | ulasan (0)





Idled around watching the TV

Keeping up with each song and movie
I kept on with each latest style
Forgetting that i will be soon on trial

I had been a good singer and a good dancer
Now Answerable, but unable to answer
Even though my Lord asked me to refrain
I did all that lead me to hell fire and pain
I see those smiling faces, their results in their right hands

Why was i following actors and stupid music bands
Why did I keep non mahrems as my friends
Why did I forget the rules and follow immodest trends
Why did I do stuff forbidden in my religion

I sadly stand now in the disbeliever's legion
Ya Allah I was a muslim yet I rarely did pray
I committed indecency and I went astray
I talked and mingled with the other sex

I lied, betrayed and made my life complex
I was a hypocrite, did good for fame
Ignored your message, when to me it came
The Holy Quran, I rarely did read

To all those warnings, I took no heed
I troubled my parents in their old age
Abused and Yelled at them in my vain rage
I lived for the worlds' luxury and its vain vanity

Late did I understand that it was pure insanity
I was given chances, which i took for granted
Now I have to reap what I have planted
I am responsible for this painful aftermath

I blindly followed on Satan's wrong path
Please don't throw me into the depths of hell
With fiery flames and each horrendous smell
Boiling water and pus to quench ones thirst

The Many Punishments, each worse then the worst
Satan mislead me to each wrongful desire
And lead me closer and closer to Hell fire
I walked on as satan misguided me and grinned

Ya Allah! I beg You for mercy as I have sinned
Forgive me for my sins and for being ungrateful
Forgive me for standing in league with the unfaithful
Forgive me and Make my soul pure and beautiful

Bestow mercy on me, You are the Most Merciful
I am Your creation, Your servant of humility
You are the Lord of the worlds, The One, The Almighty

 [Written by: Mohammed Bashar Shamshad]

Do the best 4 Allah!

Posted by Maryam Intel on Wednesday, 30 May 2012 , under , , | ulasan (1)




Muslim yang paling bahagia tidak selalu memiliki hal-hal yang terbaik.
Mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap yang hadir dalam hidupnya ^^,

The Muslims Of The World!

Posted by Maryam Intel on Wednesday, 23 May 2012 , under | ulasan (0)






We all denounce terrorism
We stand against it in deed and word This is our belief,
our unwavering ideal
And we are the Muslims of the world
 الاعتدال طريقنا نبذ التطرف دائما قولا فعلا و اعتقاد هذا هو الدرب,
 في الشرق و الغرب و نحن المسلمون نحن الآمال
And we are the Muslims of the world
Our voices must be heard our voices speak the truth
People of the world let's stop all abuse
And we are the Muslims of the world
Our voices must be heard our voices speak the truth
People of the world! Let’s stop all abuse!
We all denounce terrorism
We stand against it in deed and word
This is our belief, our unwavering ideal
And we are the Muslims of the world
الاعتدال طريقنا نبذ التطرف دائما قولا فعلا و اعتقاد هذا هو الدرب, في الشرق و الغرب
And we are the Muslims of the world
Our voices must be heard our voices speak the truth
People of the world let's stop all abuse 
Nous dénonçons le terrorisme
Nous le renions de toutes nos forces
L'islam c'est la foi qui préserve tous les droits
And we are the Muslims of the world
Wir alle verachten Terrorismus
Wir sind dagegen mit taten und worten
Daran halten wir fest, dies ist unser
Weg And we are the Muslims of the world
But the media won’t let go and the “racist” love it too
To them "Islamic" must follow every act that “terrorist” do
This all started years ago
How much of this can we go through?
Yes it started years ago How much of this can we go through?
We are here to say no!
Our name is no longer free for you!
And we are the Muslims of the world
 جئنا لنقول لا! لن نرضى أن تستعملوا اسمنا!
 و نحن المسلمون نحن الآمال هدفنا شروق الاعتدال
Our voices must be heard our voices speak the truth
People of the world let's stop all abuse.:D

rejab hint kehadiran ramadhan..

Posted by Maryam Intel on Tuesday, 22 May 2012 , under | ulasan (0)





Rejab sudah datang! ini bermakna Ramadhan akan menyapa.. coming soon..
pasakkan azam baru, tahun ni aku MESTI buat preparation awal sambut Ramadhan! :D
P/s: Pembersihan jiwa dan hati menjadikan kita antara hamba yang dipilih mengimarahkan ramadhan dengan penuh nikmat ketaatan.


Debaran menuju hari bahagia

Posted by Maryam Intel on Tuesday, 3 April 2012 , under , , | ulasan (6)




Merenung hari-hari kehidupan

Debaran makin terasa. 28 hari lagi, hatiku makin berbunga-bunga. Penantian.. penuh kesabaran menanti hari bahagia. Boleh dikatakan hampir setiap minggu aku mimpikan berada di tempat istimewa itu.  Seluruh roh , perasaan, ingatan dan keinginanku seluruhnya tertumpu pada Masjidil Haram. Allah.. aku amat merinduinya. Teringat aku ketika tertidur di Masjid Bukhari baru-baru ni, aku bermimpi bangun dan berada di Masjidil Haram. Ya Allah rindunya tak terkata. Semakin hari semakin rindu. Ya Allah, aku teringin sekali melangkah ke Mekah dan Madinah. Tempat yang milai dan penuh barakah ini. Permudahkanlah aku.

Kepalaku ligat berputar, mengimbau kembali kenangan perbualanku yang lalu. Ya seingatku dua tahun yang lalu, suatu ketika dulu adikku Muhaimin memberitahu ia hendak mengerjakan umrah. "K.yam, Emin nak gi Umrah, Emin dapat tajaan". Allah, terintas di hatiku, Ya Allah alangkah indahnya kalau ada orang menajaku juga untuk mengerjakan umrah. Memang mustahil. Tapi aku yakin  kekuasaanmu. (!يا من قال لكل شيء كن فيكون)  wahai tuhanku, jika kau berkehendakkan sesuatu, kau hanya menyatakan jadi. Maka jadilah ia.
 
Alhamdulillah, akhirnya Allah makbulkan jua doaku. Antara hadiah yang paling istimewa aku dapat sebaik sahaja selesai manjalani Madrasah Solehah, (semoga Allah merahmati semua insan yang terlibat dalam rancangan Solehah) Tiket menunaikan Umrah dari UQ Holidays dan tajaan pakaian Umrah pula dari Sri Munawarrah. (Semoga Allah memberikan barakah pada syarikat ini ).Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.. Tersungkur aku di tikar sejadah. Menangis kegembiraan. Allah maha kuasa. Dia mengetahui setiap detik apa yang dipinta oleh hambanya. 


بسم الله الرحمن الرحيم
"Ya Allah aku memohon keampunanmu. Ya Allah aku memohon kerahmatanmu. Ya Allah aku memohon taufiqmu. Ya Allah aku telah dijemput olehmu untuk menunaikan Umrah, ziarah rumahmu yang penuh barakah. Aku bersyukur atas segala nikmatmu. Ya Allah terimalah aku sebagai tetamumu. Tetamumu yang paling istimewa. Yang paling-paling istimewa Ya Allah.

Ya Allah ampunilah dosaku, aku hadir dengan penuh kejahilan. Ya Allah aku pergi hanya semata-mata ingin beribadah untukmu. Janganlah engkau palingkan niatku. Ya Allah permudahkanlah urusanku ke Umrah . Berilahlah ketenangan kepadaku, kurniakanlah kesihatan yang baik sepanjang aku menunaikan umrah. Jauhilah aku dari malapetaka. Kurniakanlah aku kesabaran sepanjang disana. Ya Allah, janganlah engkau mengujiku dengan sifat malas beribadah dan lalai dengan urusan dunia disana. Ya Allah berikanlah aku perasaan jatuh cinta pada Masjidil Haram. Gerakkalah hatiku sentiasa berada disana beramal untukmu semata-mata Ya Allah... Tutuplah hatiku daripada segala urusan yang melalaikan. 

Ya Allah penuhilah ruang masaku dengan beribadah padamu.. bantulah aku Ya Allah untuk melakukan yang terbaik. Berilah kekuatan padaku. Tidak ada daya dan kekuatan melaikan  darimu Ya Allah. Ya Allah jadikanlah aku hambamu yang terbaik disisimu. Jauhilah aku dari perasaan ujub, riak dan takabur. Perasaan yang ingin mencari pujian dan kedudukan disisi manusia. Kurniakanlah keikhlasan dalam setiap setiap amalku.

Ya Allah.. Terimalah aku sebagai tetamumu yang paling istimewa Ya Allah. Ya Allah aku amat merinduimu.. Rindu sekali aku ingin melihat keagungan dan kemuliaan wajahmu di akhirat kelak. Izinkanlah aku menziarahi makam Rasulullah saw. Aku merinduinya Ya Allah.. Aku merindui insan agung itu. Insan yang menyampaikan risalah Islam sehinggakan aku sempat merasai kenikmatan hidup dalam Islam. Subahanallah.. Ya Rasulullah.. aku amat merinduimu.. (اللهم صلى على سيدنا محمد).Terimalah doa dari hambamu yang jahil dan hina ini. Amin ya robbal 'alamin.

"Ya Allah, janganlah engkau menghukumku dengan sebab pujian yang mereka ucapkan padaku. Ampunilah aku dari perbuatan dosa yang tidak mereka ketahui. jadikalah aku lebih baik dari apa yang mereka sangkakan.." 

Update Lesen duniawimu!

Posted by Maryam Intel on Friday, 2 March 2012 , under , , | ulasan (1)



"Jika memandu kereta perlukan lesen, menggunakan senjata api perlukan lesen, 
maka hidup di dunia tentulah perlukan lesen. 
Lesen itu ialah Islam. Hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen.."
Bidalan yang ringkas. Tapi cukup mendalam maksudnya.  Tepat sekali  hidup di dunia dengan menolak Islam ialah umpama hidup tanpa lesen. Ini kerana Islam itu lesen bagi membolehkan manusia hidup secara sah di sisi undang-undang. Ternyata ramai sekali manusia yang hidup tanpa lesen. Ada juga yang menjaja lesen palsu, kelihatan seperti lesen sebenar hakikatnya palsu. Ada juga yang sengaja menamatkan lesennya dengan dosa dan maksiat tanpa segan silu! Bagaimana dengan lesen kita?

Detik terakhir Imam Shafie

Posted by Maryam Intel on Thursday, 1 March 2012 , under , , , , | ulasan (0)







Ketika mana saat Imam Shafie hendak menghembus nafasnya yang terakhir,  beliau menangis dan bersyair  mengeluh dan risau keadaanya di akhirat nanti, Namun bagaimana pula dengan kita sahabat-sahabat?

Fikirkan...

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
Kupersembahkan (rintihan) kepadaMu Tuhan sekalian makhluk akan harapanku

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai yang Maha Pemberi dan Maha Pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
Bilamana keras hatiku dan terasa sempit perjalananku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
Kujadikan rayuan (rintihan) daripadaku sebagai jalan untuk mengharapkan keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل
Bilamana Engkau yang memiliki keampunan menghapuskan dosa yang berterusan ini

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
KurniaanMu dan keampunanMu adalah merupakan rahmat dan kemuliaan

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
Bukankah Engkau yang memberi aku makan serta hidayah kepadaku

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
Dan janganlah Engkau hapuskan kurniaan anugerah dan ni'mat itu kepadaku (walaupun aku seorang yang sentiasa berdosa)

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
Semoga orang yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
Dan menutup dosa-dosaku serta setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak akan terhapus di hari berhimpun kesedihan

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
Namun jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
Sekalipun dosa-dosaku itu akan memasukkan diriku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
Dia adalah seorang yang fasih ketika menyebut/mengingati Rabbnya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
Dan bilamana dia bersama selain tuhannya di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
Dia (Rasulullah SAW) berkata: Kekasihku, Engkaulah tempatku meminta dan berharap

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
Cukuplah Engkau bagi yang berharap sebagai tempat bergantung dan memohon

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
Ku pelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
Dan ku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
Di saat ku jaga, aku rindu, dan di saat ku lelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
Mengiringi langkahku dengan penuh semangat dan berulang

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
Sesungguhnya dosaku adalah besar sejak dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
Namun (ku tahu) keampunanmu yang mendatangi hamba adalah lebih besar (agung) dan lebih mulia.

Selamat hari Lahir buah hatiku..

Posted by Maryam Intel on Tuesday, 28 February 2012 , under , | ulasan (1)



Buat ibu ku,yang kini dah hampir 25 tahun beliau membesarkanku dengan penuh kasih sayang dan tiada pernah meminta di balas.jutaan terima kasih mak..
Mak, Yam saaayang mak..:)

Mak..
Setiap deras degupan jantungku
Engkau mampu merasanya
Ketika aku,
Sedih, Gembira, Gelisah
Naluri keibuan mu
Bagaikan sebati dalam diriku

Ketika aku sedih
Kaulah ubat kepada duka laraku
Menceriakan dan menghakis
Perasaan yang melunturkan
Semangatku

Pabila gelisah menyelubungi jiwaku
Engkau masih bersamaku
Menolong menyelesaikan
Masalah yang tak sudah-sudah mengusutkan
Perjalanan hidupku

Ketika aku gembira
Engkau juga turut berkongsi
Kegembiraan yang menyinari saat
Aku hidup di muka bumi ini
Sebagai manusia

Mak..
Selagi hayat dikandung badan
Aku akan sentiasa mendampingimu
Membelai dan menjagamu hingga ke hari tua

Mak
Aku tahu kasih sayang yang kucurahkan kepadamu
Tak setanding kasih sayang ibu kepada anaknya
Namun, terimalah keikhklasanku
Untuk menyayangimu..

ربِّ اغفر لوالدي وارحمهما كما ربّياني صغيراً
Ya Allah ampunilah dosa kedua ibu bapaku sebagaimana ia menjagaku sejak kecil.

Cinta Di Meru

Posted by Maryam Intel on Sunday, 26 February 2012 , under , , , , | ulasan (0)



Pesanku buatmu
Ukhti fillah,
Cintaku kepadamu,kerana agamamu,
Jika hilang agama,maka hilanglah cintaku kepadamu.

Pesanku buatmu
Dalam doa kudusmu ,titipkan doa buatku,
Moga impian yang satu,
Direalisasi dan di restu.

Pesanku buatmu
Jangan lupa kita hamba-Nya
Apabila resah bermohonlah kepada-NYA
Sunnah rasul jangan dilupa
Walau apa jua ujian melanda.

Pesanku buatmu
Bacalah al-qur’an buat pengubat hati,
Kerana itulah warkah cinta ilahi,
Zikrullah sentiasa tersemat dihati ,
Agar hati sentiasa mengingati rabbi.

Terapi jiwa jangan dilupai,
Kelak hidupmu dekat dengan ilahi,
Istiqamah paling dicintai ilahi,
Walau 2 rakaat sebelum subuh pasti diberkati.

Pesanku buatmu
Wahai mujahidah Islam,wahai ansorullah
Teruskan perjuangan mu,
Diriku dengan caraku dirimu dengan caramu
Namun misi kita tetap satu , mencari reda Allah yang satu

Pesanku buatmu
Lumrah hidup pasti rindu bila berpisah,
Namun rindu menjadi ibadah,
Jika disusuli rindu kerana Allah.

Ukhti yang menyayangimu,
حانيس
الفربي ميرو

P/s: Terima kasih sahabatku.. Aku pasti merinduimu kerana Allah :)

Terima kasih Di Xuan!

Posted by Maryam Intel on Thursday, 23 February 2012 , under , , | ulasan (2)



Bersama Di Xuan
Suatu hari, seusai kelas Falsafah Islamiyah aku merenung jauh. Jauh sekali fikiranku merewang. Tiba-tiba hatiku sebak, mengalir air mataku.

"Ya ukhti. kenapa ni? saya lihat awak penat sangat. Kenapa awak menangis?" Tutur Di Xuan dalam dialek Arab Cina sejatinya.

"Tak.. tak. saya tidak apa-apa" Sambil mengesat air mata di pipiku.

"Ya mariyam, saya tahu.. saya lihat mata awak saya tahu awak tengah sedih, kenapa ya ukhti?" Soalnya lagi ingin menyelamiku.

"Hidup saya penuh ujian. Saya difitnah. Pelbagai masalah hadir dalam hidup saya. Perit ukhi! tapi tiada saya cube mengerti. Hanya yang saya mampu dengar lontaran fitnah begitu hebat terpalit diri saya" tuturku lemah.
Tanpa ku sedari, mataku berkaca lagi.

"Wahai sahabatku sayang, aku juga pernah mengalami situasi sepertimu. Tapi seorang sahabat saya mengajarkan doa pada saya. Sekarang saya nak ajarkan awak doa ini."

Pen  ditanganku diambil dengan lembut. Tanganku digengam erat, Sambil dia menulis doa ini.
                             اللهم لا تجعل الدنيا أكبر همنا"Ya Allah, jangan engkau jadikan dunia ini kebimbangan/ kesedihan yang besar bagiku"
" Ya Maiyam, awak amalkanlah doa ni selalu, Insyallah. Allah akan menjadikan dunia ini bukan dihatimu. Segala masalah akan terungkai. Yakinlah dengan Allah! Saya akan doakan awak Mariyam"

"Syukran ya ukhti mahbub!" ucapku sambil tersenyum.

"Afwan, Ya Mariyam. ! انا احبك للله يا اختى ". Lafaznya padaku sambil tersenyum.

"Ana uhibbuki aidon Di Xuan".

Ya Allah, terima kasih kerana menghadiakan aku seorang sahabat yang benar-benar ikhlas dan tulus keranamu. Alhamdulillah! :)

Aku bukan seperti engkau sangkakan

Posted by Maryam Intel on Monday, 20 February 2012 , under , , | ulasan (0)






Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Kredit to : Akil Hayy

Kontrak Cinta Sejati

Posted by Maryam Intel on Sunday, 19 February 2012 , under , | ulasan (3)




Sekeping hati. Teruji. Kehadiranmu insan yang memiliki ciri-ciri insan idaman. Hati yang tertutup rapat dari sesiapa yang pernah datang mula menerima kehadiran seseorang yang menghulurkan tali ikatan. Sungguh tidak terduga sebuah perasaan yang terpendam sendirian rupanya mendapat balasan. Hati mana tidak berbunga harapan.

Setulus itu dia datang dan menyampaikan pesanan beserta sekalung ucapan yang terlalu indah dirasakan. Namun, tidak terduga tangan yang sedang berupaya menyambut rupanya tidak kesampaian. Dicantas tegahan dan mundur segala keriangan.

Di saat hatimu teruji dengan ujian yang sukar dilawan, kehendakmu ditentang tiada sokongan, pertemuan kian di jemput perpisahan, sudah pasti tiada suatu kata bisa menggambarkan hancurnya perasaan. Namun, kita harus percaya pada takdir dan ketentuan. 

Jika sesuatu ditakdir menjadi milik kita, apa pun ujian yang datang. Takdir itu tetap menjadi noktah! Walaupun seluruh makhluk cuba merungkaikannya namun Allah tetap tidak mengizinkannya kerana Allah tahu kita berhak memiliki takdir itu. Allah sedang menilai kesabaran kita dan jika kita bersabar tentunya ada anugerah dariNya buat kita.

Ibnu Atoillah : “Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.”
Terkadang cinta yang menginap di hati manusia jua suatu ujian. Dihadirkan perasaan itu dan pula dijauhkan dari mendapatkannya. Makanya, kita teruji dan mendepani hari-hari suram. Cubalah sedaya upaya untuk menepis setiap godaan. Percayalah bahawa jika sesuatu yang ditakdirkan betul-betul untuk kita, sesukar apa pun, dia akan kembali kepada kita. Begitu jua lah sebaliknya.

“Tidak sekali-kali akan menimpa Kami sesuatu pun melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah Pelindung kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya orang yang beriman bertawakal. (Surah al-Taubah 9: 51).”

Sapulah air mata yang terbit dari rasa kecewa. Kau terluka dan merana, tentunya Dia mengetahuinya. Alangkah indahnya jika perasaan itu diganti dengan tawakal dan reda. Berdoalah pada Allah yang memiliki segalanya. Semoga Allah ubati kekecewaan yang dirasa dengan bahagia yang akan hadir di kemudiannya.

InsyaAllah. Yakini bahawa Allah lah sebaik-baik pengatur kehidupan insan. Yakinlah dengan kekuatan doa yang tulus mampu mengubah segala-galanya.

Kekasihmu Bukan Sekuntum Bunga

Posted by Maryam Intel on Wednesday, 8 February 2012 , under , | ulasan (0)







Di mata manusia kufur yang hatinya tiada Cinta kepada Ilahi, kekasihnya adalah bagai sekuntum bunga. Yang indah dipandang mata, namun tidak lama sebelum layu, hilang seri dan berdebu dibawa pergi. Bercinta, biarlah sebagai benih yang disemai untuk mengejar Cinta Ilahi, Cinta Sejati…




CINTA SEJATI
Cintakan bunga, bunga kan layu
Cintakan manusia, manusia kan mati
Cintakan dunia, dunia kan kautinggalkan pergi
Cintakan Ilahi, cinta sejati


Puas sudah aku harungi
Hamparan dunia yang fana ini
Mencari sebutir permata cinta
Yang tak pudar sinarnya walau ditelan masa


Kini sinar-Mu mula menerangi
Mendung hatiku cerah kembali
Terpancarlah sinar suci di lubuk hati
Menerangi gelita jiwa


Awan mendung berarak pergi
Berganti sinar pancaran Ilahi
Tertautlah perasaan ini
Dengan cinta abadi cinta Ilahi


[Oleh Usrah al-Wadi @ Album Meniti Mega Syawwal]


Kredit to : Ustaz Hasrizal Jamil klik

Dakwah milik semua

Posted by Maryam Intel on Tuesday, 7 February 2012 , under , , , | ulasan (0)



Dakwah, bukan hanya pemilik golongan agamawan sahaja. tetapi dakwah milik semua yang beragama Islam dan bergelar Muslim. 

Apa itu Dakwah? Dakwah. Segala usaha kita menyampai, mengajak atau menyeru manusia mengenali, menerima dan menghayati Islam itu dikira dakwah tanpa mengira kaedah, teknik atau pendekatan apa yang kita gunakan.

Sabda Rasulullah SAW :
"Sampaikan daripada aku walaupun satu ayat dan ceritakanlah riwayat daripada Bani Israel dan sesiapa mendustai aku dengan sengaja, disediakan tempat baginya daripada api neraka." (Hadis riwayat al-Bukhari dan al-Tirmidzi)

"Setiap Orang Mendapat Ganjaran Yang Berpanjangan Untuk Setiap Pertolongan Yang Diberikannya. Sesiapa yang memberi Syafa'at yang baik, niscaya ia kan memperolehi bahagian (pahala) daripadanya; dan sesiapa yang memberikan Syafa'at yang buruk, nescaya ia akan mendapat bahagian (dosa) daripadanya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu."
(Surah An-Nisa : 85)

P/s : Jadikan hidup kita setiap hari sentiasa dapat memberi manfaat pada orang lain, biarpun sedikit, tapi berkekalan. Manfaatkan apa yang kita ada & apa yang kita mampu untuk Islam. Tiada alasan untuk tidak mengajak yang lain ke arah kebaikan. (^^,
(اصلح نفسك ودعوا غيرك)

Akademi Pendakwah Muda

Posted by Maryam Intel on Wednesday, 11 January 2012 , under | ulasan (1)



Alhamdulillah, merafak setinggi kesyukuran ke hadrat Ilahi atas segala nikmat yang telah dikurniakan kepada seluruh makhluk-Nya dan seluruh lestari alam buana ini. Luahan rasa syukur juga dipersembahkan kepada kerajaan Maha Agung Allah SWT kerana jiwa ini masih diberi peluang untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah danhamba yang tunduk kepada kekuasaan-Mu di alam yang fana ini.

Syukur ke hadrat Ilahi, setelah selesai menjalani pengembaraan jiwa dan rohani selama 3 bulan di dalam Program Madrasah Solehah TV Al-Hijrah, saya dengan kerjasama beberapa syarikat perunding motivasi; Tripple T dan Syabab Training terus mengorak langkah dalam kanvas dakwah dengan penganjuran Program Realiti 'Akademi Pendakwah Muda' yang julung kalinya di adakan ni negara ini khusus buat para remaja dan anak muda yang semakin dahagakan sentuhan tajdid bagi memberi nafas baru dalam agenda dakwah di tengah-tengah hiruk-pikuk kemodenan yang semakin meruncingkan kini.

Akademi Pendakwah Muda ataupun dengan nama singkatannya APM ini bertunjangkan kepada beberapa matlamat utama, antaranya ialah untuk melahirkan para da'ie yang kreatif, inklusif, inovatif dan dinamik bertepatan dengan konsep dakwah kontemporari yang semakin mendapat tempat di hati masyarakat pada masa kini. Selain itu, program yang bercorak Islamik ini juga berhasrat untuk melahirkan para pendakwah yang bukan sahaja boleh mencegah kepada sebarang bentuk kemungkaran kepada Tuhan Pencipta Alam ini, malah APM turut optimis dapat melahirkan para pendakwah yang mampu memberi konsultasi-konsultasi yang lebih bersifat konstruktif terhadap permasalahan masyarakat berdasarkan hujah-hujah yang ideal dan boleh diterima oleh masyarakat pada masa kini.

Di dalam APM ini, seramai 11 peserta yang telah dipilih berdasarkan ujibakat yang diadakan oleh pihak APM sendiri akan menerima bimbingan dan latihan dakwah secara teori sebanyak 30 % dan praktikal sebanyak 70 %. Di dalam Akademi yang mengamalkan polisi tanpa penyingkiran ini, para peserta juga akan didedahkan dengan kemahiran berdakwah yang lebih bersifat kontemporari dan mereka juga akan diuji dengan pendedahan berdakwah di lapangan masyarakat secara lebih realiti selama 8 minggu di bawah bimbingan Moderator Tripple T Training; Ustaz Muhamad Azki Hafifi dan saya sendiri Mariyam Sa'ari; Finalis Program Solehah TV Al-Hijrah.

Akademi Pendakwah Muda (APM) ini juga telah mendapat tajaan sepenuhnya daripada Orchard Ilmi Enterprise serta mendapat anjuran penuh daripada Tripple T Training dan Syabab Training. Jutaan tahniah diucapkan kepada pihak penganjur yang telah memberi nafas baru dalam prospek dakwah dengan adanya penganjuran program seperti ini dan jutaan tahniah juga diucapkan kepada kesemua peserta Akademi Pendakwah Muda (APM) yang akan memulakan misi dakwah kepada masyarakat dengan iltizam yang tinggi dan matlamat yang jitu dalam usaha untuk memberi sentuhan tajdid kepada ummah.

"MENJANA DAIE BERKUALITI DIMEDAN REALITI"

"KITA SEMUA ADALAH DAIE"

Ikhlas,
Solehah Mariyam Sa'ari

Akademi Pendakwah Muda Bersama SOLEHAH MARIYAM SA'ARI

Posted by Maryam Intel on Thursday, 5 January 2012 , under , , | ulasan (1)



Pendakwah Muda, 
bukan sekadar pandai berkata-kata, malah kita juga harus bersama menyelami permasalahan masyarakat.

Pendakwah Muda, 
bukan sekadar berketerampilan, malah kita juga harus memupuk rasa Cinta masyarakat kepada Islam.

Pendakwah Muda, 
bukan sekadar bercakap di dalam bilik kuliah ataupun menulis di facebook, malah kita harus turun ke lapangan masyarakat.

Ayuh sertai 'Akademi Pendakwah Muda'! 
Jom sebarkan keindahan Islam ;)
Now, everyone can be a Dai'e!
Beleive iT or Not!

Cara nak mimpi Rasulullah SAW

Posted by Maryam Intel on Saturday, 31 December 2011 , under , , , | ulasan (1)




Alhamdulillah, setelah mengisi kekosongan diri dengan kuliah di kampus. Aku masih lagi di beri kekuatan oleh Allah untuk hadir ke majlis ilmu "Lantunan Mahabbah Rasulullah" pagi tadi walaupun sekejap namun cukup bermakna. Antara kisah yang menitiskan air mataku yang tak putus-putus, menjadikan aku rindu membuak-buak pada rasulullah saw ketika aku mendengar Tuan Guru dato' Harun Din menceritakan kisah ini.
"Suatu hari , saya sakit belakang macam nak patah pinggan. Sakit teramat. Malam tu saya tak berdoa untuk berjumpa dengan nabi, tapi saya mimpi nabi. Saya jumpa berdepan dengan nabi. Nabi datang memeluk saya.. memegang belakang saya, mengurutnya kebawah macam nabi sebut kepada saya syafakallah. Saya menangis ketika itu.. Siapa saya sampai nabi nak peluk saya? sakit saya terus hilang."

"Bilalah Allah nak pertemukan saya berhadapan betul-betul. saya harap sangat Allah tunaikan. Saya mimpi Nabi berada dalam khemah. Saya berada di depan pintu itu menunggu nabi akan keluar kerana saya akan memakai kasut nabi. Nabi keluar. Suasana bila nabi nak keluar, suara merdu selawat dari sahabat nabi saw menyebabkan saya tergamam sehingga nabi datang 6,7 kaki di hadapan saya. Lembutnya kaki rasulullah. saya sedih ketika itu, kasut yang saya nak pakai itu amat lusuh dengan jahitan dari nabi kerana terlalu lusuh. Saya berkata ketika itu, kasut, kamu lebih baik dari saya. kamu melindungi kaki rasulullah." 

Allah.. betapa indahnya berjumpa dengan manusia yang sempurna ini.

 "Ingatlah tuan-tuan kalau kamu benar-benar berjuang agama Allah, menyampaikan apa yang rasulullah sampaikan. Aku akan pertemukan kamu dengan rasulullah." Dato' menyambung lagi kata-katanya.

"Salam keatas kamu ya Rasulullah.. Amalkan yang di sebutkan oleh ulama' dulu, Di samping selawat banyak-banyak. Amalkan  ya Allah tunjukkan kepadaku.. " Kata us Harun Din sambil menitis air mata. Subahanallah.



Doa CEPAT KAYA yang di ajar oleh Nabi saw

Posted by Maryam Intel on Monday, 26 December 2011 , under , | ulasan (0)





Perkongsian doa dari Ustaz Zahazan ketika berusrah di rumah Ustaz Nasaruddin. Doa ini adalah doa yang diajarkan oleh Rasulullah saw kepada Anas bin Malik.

اللهم أكثر مالى وولدى
ووسع لى في دارى
وبارك لى فيما أعطيتنى
وأحسن عملى
واغفر لى

Allahumma aksir maali wawaladi,
wawasi' li fii daari,
wabarikli fima a'atoitani,
waahsin aamali, waghfirli.

Maksudnya:
Ya Allah banyakkanlah hartaku dan anak anakku,
luaskanlah rumahku,berkatikanlah semua yg Kau beri kepadaku,
perbaiki amalanku, dan ampunkan untukku.

Terima Kasih 'Surat Cinta'

Posted by Maryam Intel on Monday, 19 December 2011 , under , | ulasan (0)




Bingkisan Buat Ukhti Yang Dikasihi…

Ukhti..
Tahukah Kau
Bahawa Allah Itu Telah Menganugerahkan Kau Untuk Kami
Dan Untuk Sekalian Muslimat
Agar Mereka Dapat Mengambil Contoh Dan Teladan Yang Baik

Ukhti,
Tahukah Kau Bahawa Padamu Ada Gedung Mutiara-Mutiara
Tahukah Kau Bahawa Aku Telah Mendapat Kembali Cinta Allah
Yang Selama Ini Aku Berusaha Untuk Mendapatkannya
Aku Dapat Merasai Betapa Nikmatnya Cinta Itu
Betapa Indahnya Ujian Itu
Betapa Indahnya Segala Kehidupan Itu..

Ukhti…
Mengalir Air Mataku Melihat Perjuanganmu
Melihat Keteguhan Kau Berdiri
Melihat Petahnya Kau Berbicara
Meskipun Duri Adalah Yang Kau Pijak

Ukhti..
Jadilah Kau Contoh Yang Terbaik
Jadilah Kau Teladan Yang Baik
Untuk Aku Dan Sahabat-Sahabat Ikuti Sepanjang Hidupku
Moga Allah Merahmati Setiap Ukhwah Yang Terjalin
Setiap Hati Yang Terpateri
Setiap Bicara Yang Di Ucap
Setiap Perbuatan Yang Dilakukan
Kerana Hati Dan Cinta Ini Hanya Untukmu…

Ya Rabb..
Berkatilah Ukwah Ini,
Tarbiyahlah Aku Dengan Kuasa Mu
Tarbiyahlah Aku Dengan Segala Apa Yang Kau Inginkan…
Andainya Semua Itu Dapat Membuatkan
Hati Ini Terus Merindui Dan Mencintaimu
Andai Ukhwah Ini Terjalin Atas Namamu….

• Syukran Ya Ukhti …
(Aku Bahagia Dan Tenang Bersamamu Meskipun Hanya Fb
Menjadi Tempatnya)
Ukhti Mariyam..Kami Menyayangi Dan Mengasihimu Kerana Allah,
Andai Berkurangnya Cintamu Kepada Allah Maka Berkuranglah Kasih Kami Padamu
Andainya Betambah Teguh Cintamu Kepada Allah Maka Makin Teguh Kasih Kami Padamu…

P/s : Terharu baca bingkisan Atikah. Terima kasih Nor Atikah. K.yam sayang Atikah! ;)

Kamu bangsa terlaknat wahai Yahudi Laknatullah!

Jom tengok! klik disini